S MU (A) Nurul Ihsan, Kandek mula ditubuhkan pada Februari 1976, yang diasaskan oleh Dorahim bin Seman iaitu pegawai Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Biak Mempelam yang kini dikenali sebagai KESEDAR. Beliau merupakan penggerak utama dalam merealisasikan hasrat penduduk Kg. Kandek yang ingin menubuhkan sebuah sekolah agama untuk masyarakat tempatan dan sekitarnya. Bermula tarikh 2 Februari 1976, sekolah agama ini mula beroperasi di bangunan stor baja milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan yang terletak di tengah-tengah Kampung Kandek. Bangunan ini dihadiahkan oleh RKTP (Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan) kepada orang kampung untuk dijadikan bangunan sekolah. Pada awal penubuhan, hanya En Mhd Yusoff B. Daud sahaja sebagai tenaga pengajar yang mengajar secara sukarela pada sebelah petang. Kemudian, tenaga pengajar bertambah menjadi 3 orang apabila Pn. Pridas Bt Yusof dan En Mohd Zawawi B. Ibrahim ditawarkan mengajar di sekolah ini. Pada ketika itu, jumlah pelajar dianggarkan s...
Comments
Post a Comment